Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan relawan pro-Jokowi sokong Prabowo sebagai calon presiden

Oct 16, 2023 | 12:50 PM



JAKARTA: Kumpulan penyokong terbesar dan rangkaian sukarelawan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah memihak dan mengesahkan sokongan mereka terhadap jeneral pesara, Encik Prabowo Subianto, sebagai calon presiden pada pemilihan yang akan diadakan Februari 2024.


Kumpulan sukarelawan seramai 7 juta itu – yang menyokong Encik Jokowi dan dikenali sebagai ‘ProJo’ – pernah memberikan sokongan dalam pencalonan presiden pertama Encik Jokowi pada 2014, mengisytiharkan sokongannya kepada Encik Prabowo.

Pengesahan sokongan daripada rangkaian ‘ProJo’ itu dilihat sebagai proksi untuk presiden, dan merupakan isyarat paling kuat bahawa Encik Jokowi akan menyokong bekas pesaingnya dalam pemilihan yang akan datang.

Encik Budi Arie Setiadi, ketua ‘ProJo’ yang juga menteri komunikasi dalam pentadbiran Presiden Jokowi, mengisytiharkan sokongan kumpulan itu semasa sidang media yang diadakan di kediaman Encik Prabowo, di Jakarta pada Sabtu.

“Beliau seorang yang berani dan komited terhadap kebajikan rakyat Indonesia,” kata Encik Budi.

Encik Jokowi belum lagi mengesahkan mana-mana calon secara rasmi.

Walaupun beliau tidak mengetuai parti sendiri, Encik Jokowi mempunyai pengikut tidak rasmi berjuta-juta sukarelawan yang aktif di media sosial dan yang mempromosikan dasar dan jawatan presidennya, terutamanya menjelang pilihan raya.

Rangkaian ‘ProJo’ membantu melonjakkan kemenangan Encik Jokowi ketika menentang Encik Prabowo dalam pilihan raya presiden 2014 dan 2019.

Encik Jokowi, akan menamatkan penggal kedua dan terakhir pada tahun depan, namun menjadi buah mulut kerana melantik ramai saudaranya mengisi pelbagai jawatan politik menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Namun beliau tidak mengambil endah kritikan yang semakin meningkat mendakwanya sedang membina dinasti politik pada penghujung penggal pentadbirannya.

Sebaliknya, beliau menegaskan hak memilih penggantinya terserah kepada rakyat untuk putuskan. Ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung dinasti politik, Encik Jokowi hanya membalas ringkas bahawa mandat itu terserah kepada rakyat, tanpa mengulas lanjut.

Anak bongsi lelakinya, Encik Kaesang Pangarep, pada September dinamakan ketua parti belia, hanya beberapa hari selepas menyertainya, manakala menantunya pula dilantik Datuk Bandar Medan.

Anak sulung Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang juga Datuk Bandar Solo, disebut-sebut sebagai calon Naib Presiden untuk pencabar kuat jawatan presiden seterusnya. Indonesia mempunyai rekod dinasti politik, di mana semasa pemerintahan Presiden Suharto selama 32 tahun, anak perempuan sulungnya berkhidmat sebagai menteri Kabinet.

Anak perempuan kepada presiden pertama Indonesia, Encik Sukarno, Cik Megawati Sukarnoputri, berkhidmat sebagai presiden dan mengetuai parti terbesar di Parlimen.

Anak perempuannya pula adalah Speaker Dewan. Persaingan memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu didominasi oleh tiga calon – Encik Prabowo, yang mendahului dalam tinjauan pendapat; mantan Gabenor wilayah Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo; dan mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan.

Ketiga-tiga mereka dan pasangan naib presiden mereka dijangka mendaftar sebagai calon dari 19 hingga 25 Oktober. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >