LONDON: Pertama kali bekas jurulatih Serena Williams, Patrick Mouratoglou, bertemu dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Coco Gauff, beliau serta-merta yakin bahawa kanak-kanak itu mempunyai potensi mencapai kehebatan.
“Saya dapat rasakan bahawa beliau adalah seseorang yang begitu bermotivasi, berkeyakinan tinggi terhadap keupayaannya dan yang mempunyai kesungguhan tinggi... saya dapat rasakan beliau mempunyai pakej lengkap untuk mencapai tahap tinggi dalam...





