Menjaga insan tersayang yang semakin berusia boleh mendatangkan satu pengalaman yang sukar. Bagaimanapun, para penjaga boleh mempelajari kemahiran dan meningkatkan kefahaman bagi menyokong keluarga yang mengalami masalah kesihatan seperti demensia, kemurungan dan stres.
Memahami perjuangan penjaga ini, Masjid Ar-Raudhah telah menganjurkan sebuah program bimbingan ‘PEDULI’ yang mendedahkan tanggungjawab dan panduan asas penjagaan warga emas bersama Pakar Kesihatan Bersekutu Kanan di...





