Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Program PEDULI bantu warga emas atasi demensia, murung, stres

Oct 29, 2023 | 05:31 AM



Menjaga insan tersayang yang semakin berusia boleh mendatangkan satu pengalaman yang sukar. Bagaimanapun, para penjaga boleh mempelajari kemahiran dan meningkatkan kefahaman bagi menyokong keluarga yang mengalami masalah kesihatan seperti demensia, kemurungan dan stres.

Memahami perjuangan penjaga ini, Masjid Ar-Raudhah telah menganjurkan sebuah program bimbingan ‘PEDULI’ yang mendedahkan tanggungjawab dan panduan asas penjagaan warga emas bersama Pakar Kesihatan Bersekutu Kanan di Kelab Heal, Encik Zainal Abidin Lee.

Ketua Jabatan Penglibatan Masyarakat dan Pembangunan Dakwah (CEDD), Ustazah Khamisah Abdul Aziz, menjelaskan, program PEDULI yang diadakan pada 15 Oktober lalu di Masjid Ar-Raudhah itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran penjagaan warga emas.

“Setiap daripada penjaga memerlukan panduan untuk memastikan warga emas memperolehi perkhidmatan penjagaan dan sokongan moral yang terbaik. Melalui program tersebut, para peserta dapat memahami beberapa perubahan yang berlaku dalam kehidupan warga emas, khususnya faktor usia yang mempengaruhi mereka.

“Dengan kefahaman itu, penjaga dapat memberi penjagaan sepatutnya kepada orang tersayang sehingga menghadirkan kesan yang berkesan terhadap emosi dan jasmani warga emas,” kata Ustazah Khamisah.

Berkongsi idea pelaksanaan program PEDULI, salah seorang relawan di bawah CEDD dan Pendamping Kanan (Befrienders) di Masjid Ar-Raudhah, Cik Salmah Roslan, berkata berkhidmat sebagai PEDULI memainkan peranan penting dalam menyebarkan hikmah penjagaan warga emas.


“Idea pelaksanaan PEDULI ini dicetuskan oleh saya dan Pegawai Dakwah Masjid (MRO) Masjid Ar-Raudhah, Ustazah Nur Adila Selamat, pada tahun lepas. Kami menyasarkan sebuah program khas untuk membantu menyokong penjaga warga emas, tidak kira ahli terdekat seperti anak, ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara ataupun pembantu rumah.

“Penjagaan warga emas ini sebenarnya memainkan peranan penting kerana pengabaian mereka akan mengakibatkan kemurungan, kesunyian, kehilangan arah tuju dan menyebabkan kes berisiko tinggi seperti mengakhiri nyawa sendiri,” jelas Cik Salmah.

Dengan kerjasama Program Rangkaian Penjaga Kelab Heal (CREST-CG), pihak masjid melakar program bimbingan PEDULI bersama Encik Zainal yang telah membentangkan statistik permasalahan yang dihadapi caregiver (penjaga), bersama kursus bimbingan serta sesi perkongsian pada setiap bulan.


Selain program PEDULI, Masjid Ar-Raudhah juga telah bergerak sebagai Dementia Go-To Point (GTP) bermula awal 2020. Ia merupakan perkara yang amat berharga kepada pesakit mental, demensia dan penjaga keseluruhannya.

Usaha sebegini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat sekeliling tentang betapa perlunya kesedaran dalam penjagaan kepada setiap lapisan usia, terutamanya warga senja.

CARA MENDERMA KEPADA MASJID AR-RAUDHAH


1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, WhatsApp kepada talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan kirimkan ke alamat di 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >