TEL AVIV: Sejurus Cik Yocheved Lifshitz dibebaskan, beliau berhenti sebentar dan berpaling sambil menghulurkan tangan kepada salah seorang militan Hamas yang bertopeng dengan berkata “Shalom”.
Berjabat tangan dan melafazkan kekata Hebrew itu yang bermaksud keamanan itu, adalah isyarat yang luar biasa oleh warga Israel berusia 85 tahun itu yang kemudiannya bercakap tentang kekejaman dan belas kasihan selama 16 hari menjadi...





