Penulisan skrip, melontarkan suara dan penerbitan podcast – demikian antara kemahiran yang dikongsi dalam sesi lawatan sambil belajar ke pejabat Berita Harian (BH) pada Khamis.
Sesi selama tiga jam itu menyaksikan 33 pelajar darjah enam dan tiga guru dari Sekolah Rendah Clementi ambil bahagian dalam beberapa sesi perkongsian bagi mendalami apa yang berlaku di dalam bilik berita.





