Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Murid Sekolah Rendah Clementi belajar terbitkan podcast dalam lawatan ke BH

Oct 26, 2023 | 6:50 PM
TERBIT PODCAST: Murid darjah enam dari Sekolah Rendah Clementi mempelajari selok-belok penerbitan podcast dalam sesi lawatan sambil belajar ke Berita Harian.
TERBIT PODCAST: Murid darjah enam dari Sekolah Rendah Clementi mempelajari selok-belok penerbitan podcast dalam sesi lawatan sambil belajar ke Berita Harian. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Penulisan skrip, melontarkan suara dan penerbitan podcast – demikian antara kemahiran yang dikongsi dalam sesi lawatan sambil belajar ke pejabat Berita Harian (BH) pada Khamis.

Sesi selama tiga jam itu menyaksikan 33 pelajar darjah enam dan tiga guru dari Sekolah Rendah Clementi ambil bahagian dalam beberapa sesi perkongsian bagi mendalami apa yang berlaku di dalam bilik berita.

Lawatan sambil belajar itu adalah sebahagian daripada usaha BH untuk menjangkau dan melibatkan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah melalui penerbitan naskhah bagi pelajar, Gen G.

Ia juga adalah sebahagian daripada program yang dilakukan bagi sekolah-sekolah yang telah melanggani akhbar Gen G.

Pada akhir lawatan tersebut, para pelajar dibawa mengunjungi bilik berita untuk mengetahui fungsi-fungsi berbeza dalam operasi bilik berita.

Sesi-sesi tersebut dikendalikan wartawan BH, Encik Muhaimin Suzaini, dan wartawan media sosial, Cik Ameerah Sallehuddin.

Editor Gen G dan wartawan BH, Encik Izwandi Azman, berkata: “Ia satu kepuasan melihat wajah murid-murid ini kelihatan gembira melakukan kegiatan yang kita sediakan.

“Saya harap melalui kegiatan tersebut, mereka bukan sahaja memperoleh kemahiran baru tetapi turut mempelajari cara sebuah bilik berita berfungsi.”

Beliau menambah menyusuli sesi-sesi seperti ini, ia dapat mendekati lebih ramai golongan muda agar memahami cita rasa mereka bagi menjadikan akhbar “sebuah wadah lebih menarik dan berguna untuk murid-murid sekolah.”

Apabila ditanya secara berkumpulan berkenaan sesi-sesi yang dikendalikan pada akhir lawatan, para pelajar rata-rata menyatakan ia pengalaman bermakna dan membuka minda mereka.

Salah seorang guru yang hadir, Cikgu Nurul Huda Yazid, menjelaskan sesi lawatan ini berguna kerana daripada hanya setakat membaca akhbar Gen G, mereka dapat kunjungi bilik berita dan “saksikan di sebalik tabir bagaimana akhbar itu terhasil”.

“Sebenarnya murid-murid lelaki saya sepatutnya mengambil bahagian dalam satu perlawanan bola sepak hari ini tetapi selepas mereka mempertimbangkan pilihan, mereka memilih untuk mengunjungi BH kerana mereka sangat ghairah ingin melihat bagaimana sebuah bilik berita berfungsi,” ujar guru Bahasa Melayu berusia 35 tahun itu.

Bagi Cikgu Yuni Murni Ismail pula, peluang melawat bilik berita diharap dapat menyuntik daya pertuturan bahasa Melayu “dengan lebih yakin” kerana menurutnya, kebanyakan murid-murid berasal daripada keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah.

Di samping itu, guru Bahasa Melayu berusia 53 tahun itu berkongsi para pelajar dapat “terapkan apa mereka pelajari”, iaitu kemahiran mewawancara.

Sebelum ini, pada 16 Oktober, sekumpulan pelajar darjah empat dan lima dari Sekolah Rendah West Grove telah diberi peluang ‘menyelidik’ kehidupan rakan mereka dalam usaha mempelajari tugas seorang wartawan.

Dalam sesi sekitar dua jam itu, kira-kira 30 murid yang hadir mengambil bahagian dalam satu kegiatan temu bual di mana mereka bertanya soalan antara satu sama lain bagi ‘menyelidik’ kehidupan rakan mereka dalam usaha untuk mengenali mereka dengan lebih baik.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg