PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen (AP) Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, di Bukit Aman, pada Selasa.
“Kes itu kini dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam satu kenyataan pada Selasa.





