JAKARTA: Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK), Encik Firli Bahuri, dinamakan sebagai suspek dalam kes menerima rasuah dan pemerasan.
Encik Firli, yang juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Sumatera Selatan dan Nusa Tenggara Barat, dituduh menerima imbalan atau ganjaran sebagai balasan untuk siasatan kes rasuah di Kementerian Pertanian.





