NANTUCKET (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menegaskan bahawa pembebasan kumpulan pertama tebusan oleh Hamas, pada Jumaat hanyalah “permulaan” dan terdapat “peluang sebenar” untuk melanjutkan gencatan senjata sementara di Gaza.
Bercakap kepada wartawan di Nantucket, Massachusetts, lokasi percutiannya sempena Hari Kesyukuran atau Thanksgiving Day bersama keluarganya, beliau berkata sudah tiba masanya untuk “memperbaharui” usaha mewujudkan penyelesaian dua negara...





