Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden lahir harapan gencatan senjata Gaza dapat dilanjutkan

Nov 25, 2023 | 04:21 PM



NANTUCKET (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menegaskan bahawa pembebasan kumpulan pertama tebusan oleh Hamas, pada Jumaat hanyalah “permulaan” dan terdapat “peluang sebenar” untuk melanjutkan gencatan senjata sementara di Gaza.


Bercakap kepada wartawan di Nantucket, Massachusetts, lokasi percutiannya sempena Hari Kesyukuran atau Thanksgiving Day bersama keluarganya, beliau berkata sudah tiba masanya untuk “memperbaharui” usaha mewujudkan penyelesaian dua negara bagi mencapai keamanan antara Israel dan Palestin.


Kementerian Luar Qatar, berkata seramai 24 tebusan iaitu 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Gaza oleh Hamas pada Sabtu.

Sementara itu, Israel membebaskan 39 wanita dan kanak-kanak di bawah umur yang ditahan di penjaranya.

Encik Biden, yang mengetuai usaha Amerika dalam memastikan perdamaian sementara dalam pertempuran dahsyat antara Israel dan pejuang Hamas yang mengawal Gaza turut menyatakan, “peluang adalah nyata” bagi melanjutkan gencatan senjata.

Beliau juga mengalu-alukan permulaan proses gencatan senjata selama empat hari untuk memudahkan tebusan dan pembebasan banduan dilakukan.

“Pagi ini saya berhubung dengan pasukan saya ketika kami memulakan beberapa hari pertama dalam perjanjian ini. Ia hanya permulaan, dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai tebusan wanita dan kanak-kanak Amerika yang boleh dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Encik Biden mengakui beliau tidak tahu bila mereka akan dibebaskan tetapi menjangkakan ia akan berlaku kelak.

Beliau turut menggesa usaha yang lebih luas untuk keluar daripada krisis itu, dengan mewujudkan negara Palestin yang berdaya maju bersama Israel.

Encik Biden menegaskan, ‘perlu memperbaharui keazaman untuk meneruskan penyelesaian dua negara’, sehingga keamanan berkekalan dicapai.

Penunjuk perasaan di seluruh Amerika sebelum ini menggesa Encik Biden bagi gencatan senjata berkekalan, malah tunjuk perasaan itu juga mengganggu Hari Kesyukuran terbesar negara itu di New York.


Sewaktu Encik Biden menghadiri majlis menyalakan lampu pokok Krismas Nantucket pada Sabtu, beliau turut disambut sekumpulan 10 penunjuk perasaan.


Mereka melaungkan ‘Biden anda tidak boleh sembunyi, kami mendakwa anda dengan pembunuhan beramai-ramai’, dengan memegang sepanduk tertera Free Palestine atau ‘Bebaskan Palestin’.


Sewaktu Encik Biden berjalan-jalan pada awal hari, segelintir penunjuk perasaan melaungkan Free Palestine dan Ceasefire Now (Gencatan Senjata Sekarang).


Serangan Hamas pada 7 Oktober lalu mencetuskan serangan balas udara dan darat oleh Israel, yang berikrar untuk memusnahkan pejuang Palestin.


Pegawai Hamas berkata, di Gaza sahaja, hampir 15,000 orang dengan 6,150 daripadanya kanak-kanak dan wanita, terbunuh dalam perang itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >