Juara silat sedunia buat dua kali dan pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan sebanyak empat kali, Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), sedang membantu Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dalam siasatan.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, polis menjelaskan: “CEO Persisi telah ditangkap pada 23 November 2023 kerana disyaki melakukan pecah amanah.”





