Pesawat A330 Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang membawa barangan bantuan kemanusiaan daripada Singapura telah tiba di Lapangan Terbang El-Arish di Mesir pada Khamis.
Pada awal pagi Khamis, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Changi (Timur) untuk menghantar bekalan penyelamat nyawa segera bagi warga Palestin di Gaza itu sementara talian bekalan kemanusiaan masih dibuka.





