Perenang negara, Letitia Sim, akan berangkat ke Paris pada Julai, selepas beliau mencatat masa 1 minit 6.36 saat dalam acara 100 meter kuak dada di Terbuka Jepun pada 30 November untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
Bersaing di Pusat Akuatik Tokyo, ratu kuak dada Singapura itu mencatat rekod kebangsaan dan merangkul perak di belakang atlet kegemaran tuan rumah, Reona Aoki...





