Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang S’pura Letitia Sim layak ke Sukan Olimpik Paris

Dec 01, 2023 | 04:09 PM



Perenang negara, Letitia Sim, akan berangkat ke Paris pada Julai, selepas beliau mencatat masa 1 minit 6.36 saat dalam acara 100 meter kuak dada di Terbuka Jepun pada 30 November untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Bersaing di Pusat Akuatik Tokyo, ratu kuak dada Singapura itu mencatat rekod kebangsaan dan merangkul perak di belakang atlet kegemaran tuan rumah, Reona Aoki (1:06.24), manakala Kanako Watanabe (1:07.16) meraih pingat gangsa.

Sim ialah perenang Singapura kedua yang layak ke Sukan Olimpik 2024 itu, selepas Jonathan Tan berjaya dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki di Sukan SEA Kemboja pada Mei.

Mahasiswi Universiti Michigan berusia 20 tahun itu berkata: “Sebelum malam itu, saya tahu saya berenang dengan sangat baik pada sebelah paginya. Ia adalah salah satu renang terbaik saya...”

Penolong jurulatih Pusat Latihan Kebangsaan, Encik Gustavo Schirru, telah memberitahunya supaya “bersaing dan berseronok”.

Pesanan itu membantu mengurangkan tekanan yang beliau letakkan ke atas dirinya untuk memenuhi masa kelayakan.

Sim berkata: “Pada mulanya, saya tidak melihat masa di papan mata, hanya kerana saya tidak mahu kecewa jika gagal lagi.

“Apabila mengetahui saya berjaya, ia benar-benar mengujakan dan meningkatkan keyakinan. Terdapat banyak adrenalina.”

Memperoleh tiket ke Paris merupakan rangsangan yang amat diperlukan bagi Sim, yang terlepas pingat bukan sekali, malah tiga kali di Sukan Asia di Hangzhou.

Beliau berada di tempat keempat dalam 100 meter dan 200 meter kuak dada, manakala pasukan renang wanita berganti 4x100 meter dibatalkan kelayakan selepas menduduki tempat ketiga.

Sim menebus kekecewaan itu pada 30 November apabila beliau melepasi masa kelayakan Olimpik ‘A’ 1:06.79 dalam 100 meter kuak dada dengan catatan masa kebangsaan 1:06.36.

Sebelum ini, beliau mencatat 1:06.86 sebagai masa terbaiknya pada pusingan Jerman Piala Dunia Renang Akuatik Dunia pada Oktober.

Sim memegang rekod kebangsaan untuk 50 meter, 100 meter dan 200 meter kuak dada dan 200 meter rampaian individu.

Ketika ditanya The Straits Times (ST) mengenai digelar ratu kuak dada Singapura, Sim berkata: “Saya rasa saya tidak layak gelaran itu, cuma saya rasa ia sangat lucu.


“Saya tidak menganggap diri saya ratu apa-apa kerana saya dibesarkan oleh seorang ibu biasa di Singapura dan beliau selalu berkata bahawa jika anda berasa anda hebat, ada orang lain yang sentiasa lebih hebat.”

Pada Disember, Sim akan bergabung dengan rakan sepasukannya di kem latihan di Muscat, Oman, menjelang Kejohanan Akuatik Dunia pada Februari di Doha, Qatar.

Dengan kelayakan Olimpik dalam genggamannya, Sim berkata beliau kini hanya boleh “memberi tumpuan kepada usaha mencari jalan untuk menjadi lebih pantas”.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai rakan perenang di Sukan Paris, sambil menambah: “Semoga di Doha, kami boleh melayakkan diri dalam acara renang berganti dan lebih ramai mara ke Sukan Olimpik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >