RANTAU PANJANG (Kelantan): Banjir kali ini ujian paling berat buat seorang suri rumah apabila bukan saja mengalami kerosakan harta benda akibat rumah ditenggelami air, tetapi juga kehilangan suami yang lemas dalam bencana alam itu.
Lebih menyayat hati, Cik Norzubaila Ramli, 36 tahun, memberanikan diri menarik sendiri mayat suaminya sejauh kira-kira 100 meter hingga ke rumah selepas lelaki itu ditemui lemas...





