Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Suri rumah tarik mayat suami lemas dalam banjir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suri rumah tarik mayat suami lemas dalam banjir

Dec 05, 2023 | 02:23 PM



RANTAU PANJANG (Kelantan): Banjir kali ini ujian paling berat buat seorang suri rumah apabila bukan saja mengalami kerosakan harta benda akibat rumah ditenggelami air, tetapi juga kehilangan suami yang lemas dalam bencana alam itu.


Lebih menyayat hati, Cik Norzubaila Ramli, 36 tahun, memberanikan diri menarik sendiri mayat suaminya sejauh kira-kira 100 meter hingga ke rumah selepas lelaki itu ditemui lemas dalam banjir dipercayai akibat terjatuh dari perahu, di Kampung Bakat, Rantau Panjang, Kelantan, pada 4 Disember.

Cik Norzubaila berkata beliau dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung bahawa suaminya, Encik Mohd Kamaruddin Mohamed Yahya, 44 tahun, terjatuh dari perahu, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, beliau terpaksa menarik jasad suami dengan memegang bahagian leher hingga ke rumah kerana tidak berdaya mengangkat mangsa yang sudah tidak sedarkan diri masuk ke dalam perahu.

“Disebabkan bimbang suami dihanyutkan arus deras banjir, saya beranikan diri menariknya sendirian sambil menaiki perahu yang dikayuh seorang penduduk. Ketika itu, saya dapat rasakan suami sudah meninggal kerana dia langsung tidak beri tindak balas.

“Sebaik sampai, saya bersama anak-anak mengangkatnya ke dalam rumah, sementara jiran meminta bantuan pihak bomba. Saya bersama empat anak beberapa kali memanggil namanya tetapi tidak bersahut.

“Sepatutnya, saya mengikut suami untuk melihat pukat di belakang kawasan rumah yang dinaiki banjir mencecah paras lebih dua meter, namun dia menolak dan mahu pergi sendirian,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Cik Norzubaila berkata mereka sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada 3 Disember, namun sekitar 12 tengah hari 4 Disember, suami mengajaknya pulang sebentar untuk melihat rumah sambil mengangkat pukat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Penolong Pesuruhjaya Kama Azural Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian dan anggota bertugas kemudian membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas, untuk bedah siasat.

Banjir di Kelantan setakat tengah hari 5 Disember merekodkan pertambahan jumlah mangsa yang berlindung di PPS kepada 5,802 orang dari 1,813 keluarga di 13 PPS membabitkan kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Di Kedah pula, seramai 31 mangsa dari 11 keluarga dipindahkan ke satu PPS di Padang Terap pada 12 tengah malam 5 Disember, selepas Kampung Labi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berpanjangan sejak 7 malam 4 Disember.

Bagaimanapun, semua mangsa telah dibenarkan pulang pada tengah hari Selasa selepas banjir surut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >