Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan membuat lawatan rasmi ke Beijing dan Tianjin di China dari 5 hingga 8 Disember atas jemputan Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada 5 Disember.
Semasa lawatan empat hari itu, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan mempengerusikan bersama Encik Ding, dalam Majlis Bersama...





