Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong, naib PM China pengerusi bersama majlis kerjasama dua hala

Dec 5, 2023 | 5:22 PM
BERTEMU LAGI: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), akan membuat lawatan rasmi ke Beijing dan Tianjin di China dari 5 hingga 8 Disember. Semasa lawatannya, beliau akan turut bertemu dengan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang (kanan).
BERTEMU LAGI: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), akan membuat lawatan rasmi ke Beijing dan Tianjin di China dari 5 hingga 8 Disember. Semasa lawatannya, beliau akan turut bertemu dengan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang (kanan). - Foto MCI

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan membuat lawatan rasmi ke Beijing dan Tianjin di China dari 5 hingga 8 Disember atas jemputan Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada 5 Disember.

Semasa lawatan empat hari itu, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan mempengerusikan bersama Encik Ding, dalam Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-19

Ini adalah kali pertama kedua-dua pemimpin itu akan mempengerusikan bersama JCBC, sebuah platform peringkat tertinggi tahunan antara kedua-dua negara yang mengkaji kerjasama menyeluruh dan melakarkan hala tuju untuk kerjasama.

Mereka juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Jawatankuasa Pandu Bersama (JSC) bagi tiga projek utama pemerintah-ke-pemerintah: Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, Bandar Eko Tianjin China-Singapura dan Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Kesalinghubungan Strategik.

Menurut PMO, mesyuarat JSC itu akan mengkaji semula kemajuan dan membincangkan kerjasama lanjut mengenai pelbagai projek.

Di Tianjin, Encik Wong dan Encik Ding juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti untuk memperingati ulang tahun ke-15 Bandar Eko Tianjin, projek kedua utama pemerintah yang menggalakkan kemampanan dan pembangunan hijau.

Encik Wong juga akan bertemu dengan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Parti Komunis China Tianjin, Encik Chen Min’er.

Semasa di sana, beliau akan juga bertemu dengan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang di Beijing, serta bertemu dengan Naib Perdana Menteri, Encik He Lifeng; Menteri Kewangan, Encik Lan Fo’an; dan warga Singapura di China.

Encik Wong akan diiringi Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo; dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Selain itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling; Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai kementerian dan agensi, juga akan berada dalam delegasi itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg