Beberapa kakitangan barisan hadapan Covid-19 telah meletakkan pingat kebangsaan mereka – yang menghormati usaha mereka memerangi virus itu – untuk dijual dalam talian hanya beberapa bulan selepas menerimanya.
Semakan oleh The Straits Times (ST) di pasaran dalam talian, Carousell, menunjukkan sekurang-kurangnya enam penyenaraian Pingat Ketahanan Covid-19 pada tengah hari 13 Disember, dengan harga antara $380 dengan sejuta dolar.





