LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, mengeluarkan amaran menggesa penyedia penjagaan kesihatan, supaya meningkatkan liputan imunisasi bagi influenza, Covid-19 dan virus sinsitium pernafasan (RSV).
Pengawal selia kesihatan berkata kadar vaksinasi yang rendah, ditambah dengan peningkatan berterusan dalam penyakit pernafasan, boleh membawa kepada penyakit yang lebih teruk dan peningkatan beban kapasiti penjagaan kesihatan, dalam beberapa minggu akan...





