Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penguasa kesihatan AS gesa tambah vaksin cegah selesema

Dec 15, 2023 | 04:57 PM



LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, mengeluarkan amaran menggesa penyedia penjagaan kesihatan, supaya meningkatkan liputan imunisasi bagi influenza, Covid-19 dan virus sinsitium pernafasan (RSV).


Pengawal selia kesihatan berkata kadar vaksinasi yang rendah, ditambah dengan peningkatan berterusan dalam penyakit pernafasan, boleh membawa kepada penyakit yang lebih teruk dan peningkatan beban kapasiti penjagaan kesihatan, dalam beberapa minggu akan datang.

Penyedia penjagaan kesihatan harus mengesyorkan ubat antivirus bagi influenza dan Covid-19 untuk semua pesakit yang layak, terutamanya orang dewasa yang lebih tua dan mereka yang mempunyai keadaan perubatan asas tertentu, kata CDC, dipetik agensi berita Reuters.


Hampir 16 peratus daripada orang dewasa Amerika, yang berumur 60 tahun ke atas, dilaporkan telah mendapatkan suntikan RSV dan 36 peratus mereka yang berumur 65 tahun ke atas mengambil suntikan Covid-19, bagi tempoh 2023-2024.

Pfizer (PFE.N) mempunyai vaksin Covid dan RSV yang diluluskan di Amerika, manakala Moderna (MRNA.O) dan Novavax (NVAX.O) telah mengemas kini ubat pencegahan Covid-19 yang diluluskan di negara itu.

Dalam empat minggu lalu, kemasukan ke hospital dalam kalangan semua kumpulan umur meningkat 200 peratus bagi influenza; 51 peratus untuk Covid-19; dan 60 peratus untuk RSV, menurut data CDC.

Terdapat kurang 7.4 juta dos vaksin influenza yang diberikan kepada orang dewasa di farmasi dan pejabat doktor, berbanding musim influenza 2022–2023.

CDC memberi amaran bahawa kadar vaksin yang rendah dan peningkatan kes penyakit pernafasan boleh membawa kepada kes yang lebih teruk.

Ia boleh meletakkan penyedia penjagaan kesihatan menghadapi kesesakan pesakit yang memerlukan rawatan.

Covid-19 terus menyebabkan sebab kemasukan ke hospital paling ramai dan kematian dalam kalangan pesakit pernafasan kini.

Sekitar 15,000 dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,000 kematian setiap minggu, kata Dr Mandy Cohen, ketua CDC.

Agensi itu juga sedang meneliti laporan wabak radang paru-paru dalam kalangan kanak-kanak di dua negeri, tetapi Dr Cohen berkata “tiada bukti” bahawa ia disebabkan oleh sesuatu yang luar biasa.

Bagi musim selesema, tujuh negeri melaporkan tahap tinggi penyakit seperti selesema pada awal November.

Dalam laporan baru CDC pada 15 Disember, agensi itu berkata jumlah tersebut adalah sehingga 11 negeri –kebanyakannya di selatan dan barat daya.

Pada November, jangkitan RSV meningkat dengan mendadak di beberapa bahagian negara, hampir memenuhi wad kecemasan hospital di Georgia, Texas dan beberapa negeri lain.

RSV, atau virus pernafasan sinsitium adalah punca biasa gejala seperti selesema ringan tetapi ia boleh berbahaya kepada bayi dan orang tua.

Dr Cohen ditanya mengenai kes radang paru-paru pada kanak-kanak yang dilaporkan di Massachusetts dan di Warren County, Ohio, berhampiran Cincinnati.

Terdapat beberapa kemungkinan penyebab jangkitan paru-paru dan ia boleh menjadi komplikasi Covid-19, selesema atau RSV.

Di Ohio, pegawai kesihatan telah melaporkan 145 kes sejak Ogos dan kebanyakan kanak-kanak pulih di rumah.

Penyakit itu disebabkan oleh pelbagai virus dan bakteria biasa, kata pegawai.

China baru-baru ini mengalami peningkatan dalam penyakit pernafasan yang dikaitkan oleh pegawai kesihatan di sana dengan selesema dan sebab biasa lain. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >