Masjid Alkaff Kampung Melayu terus gigih menganjurkan pelbagai program menarik demi berkongsi ilmu dan mendekati masyarakat Islam setempat. Antaranya program Junior Huffaz, yang diadakan pada 26 Disember hingga 29 Disember 2023.
Program ini merupakan kelas intensif musim cuti sekolah anjuran masjid tersebut dan memberi perhatian terhadap penghafalan surah-surah dalam Al-Quran; juzuk 30 dan surah-surah pilihan. Ia berlangsung selama empat hari....





