Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid galak pembelajaran Al-Quran, sasar golongan cilik

Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Masjid Alkaff Kampung Melayu terus gigih menganjurkan pelbagai program menarik demi berkongsi ilmu dan mendekati masyarakat Islam setempat. Antaranya program Junior Huffaz, yang diadakan pada 26 Disember hingga 29 Disember 2023.

Program ini merupakan kelas intensif musim cuti sekolah anjuran masjid tersebut dan memberi perhatian terhadap penghafalan surah-surah dalam Al-Quran; juzuk 30 dan surah-surah pilihan. Ia berlangsung selama empat hari. Program ini terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, berumur enam hingga 15 tahun. Bayaran hanya $30 setiap pendaftaran untuk seorang. Syarat utama bagi mereka yang ingin menyertai program ini adalah mampu membaca Al-Quran dengan baik, dan penyertaan ini juga terhad.

Menurut Eksekutif Dakwah di Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Abdul Rahman Salam, program sebegini mampu mencetus dan memupuk serta melahirkan lebih ramai lagi pencinta Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak dan warga belia.

“Matlamat utama program ini adalah mahu melahirkan generasi penghafal Al-Quran. Ia boleh dimulakan pada peringkat kanak-kanak seperti yang tercatat dalam sejarah Islam mengenai kehidupan penghafal Al-Quran pada zaman baginda saw. Ia menjadi satu motivasi dan dorongan untuk diteruskan usaha sebegini bagi generasi muda zaman kini. Jiwa mereka yang tersemai dan tersubur dengan ayat-ayat suci Al-Quran menjamin kehidupan yang harmoni.


“Kesedaran dan keinginan yang tinggi daripada kalangan ibu bapa dan anak-anak mempengaruhi penyertaan pada tahun ini. Sambutan menggalakkan berbanding tahun sebelumnya,” jelas Ustaz Abdul Rahman.

Beliau turut berkata program intensif ini mampu memberikan keyakinan kepada pelajar dalam menghayati dan melaksanakan solat mereka serta memupuk minat yang mendalam untuk mengingati bacaan Al-Quran yang telah mereka pelajari.

“Kelas intensif ini menerapkan konsep dan cara menghafal yang berkesan. Ia membantu pelajar mengingati ayat-ayat suci Al-Quran dengan mudah. Ia juga mampu melahirkan rasa cinta kepada Al-Quran. Suasana pembacaan Al-Quran di setiap rumah juga dapat diwujudkan.

“Terdapat juga program kelas Iqra’ Al-Quran anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu yang memberi peluang kepada belia Islam memperbaiki bacaan Al-Quran mereka. Mereka yang berminat tentang program-program ini boleh terus menghubungi pihak masjid bagi mendapatkan keterangan lanjut. Kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada masyarakat Islam setempat,” ujar Ustaz Abdul Rahman.

Beliau turut berkata remaja Islam kita mempunyai potensi yang tinggi untuk mendalami ilmu Al-Quran.

“Remaja generasi kini mempunyai potensi dalam melantunkan bacaan Al-Quran dengan baik. Malahan terlihat usaha dan minat mereka dalam mempertingkat ilmu pengetahuan tentang agama. Hanya kerana keterbatasan masa dan perasaan malu menyebabkan sebahagian besar dalam kalangan belia tidak meneruskan usaha ini,” tambah Ustaz Abdul Rahman.

Menyentuh tentang program naik taraf yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, berkata pihak masjid mengalu-alukan sokongan orang ramai dan kerja peningkatan ini perlu dilakukan demi keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

“Kami berharap orang ramai akan memberikan sumbangan ikhlas dan terus menyokong projek-projek dikendalikan Masjid Alkaff Kampung Melayu ini,” kata Ustaz Ustaz Mohd Taufiq.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


2. Hantarkan cek anda atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 bagi mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >