Satu kempen baru telah dilancarkan oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) untuk mengumpul dana bagi meningkatkan sokongan terhadap kehidupan warga emas, belia dan keluarga yang kurang berkemampuan yang mempunyai anak yang bersekolah.
Dinamakan Dana Pembangunan Keluarga dan Belia 4PM, dana tersebut menyasarkan untuk mengumpul $500,000 pada 2024 dan berharap dapat memanfaatkan lebih ramai penerima untuk mengharungi cabaran peningkatan kos...





