Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

4PM lancar kempen Dana Pembangunan Keluarga dan Belia, sasar kumpul $500,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4PM lancar kempen Dana Pembangunan Keluarga dan Belia, sasar kumpul $500,000

Jan 04, 2024 | 03:21 PM



Satu kempen baru telah dilancarkan oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) untuk mengumpul dana bagi meningkatkan sokongan terhadap kehidupan warga emas, belia dan keluarga yang kurang berkemampuan yang mempunyai anak yang bersekolah.

Dinamakan Dana Pembangunan Keluarga dan Belia 4PM, dana tersebut menyasarkan untuk mengumpul $500,000 pada 2024 dan berharap dapat memanfaatkan lebih ramai penerima untuk mengharungi cabaran peningkatan kos sara hidup dan harga barangan.

Turut hadir melancarkan kempen tersebut di Wisma Geylang Serai pada 3 Januari adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang mengalu-alukan pelancaran dana tersebut dan berharap lebih banyak pertubuhan akan tampil untuk melakukan yang sama bagi membantu masyarakat.

“Saya memuji usaha dan komitmen 4PM dalam usaha murninya untuk meningkat kehidupan keluarga yang kurang bernasib baik dan memperkasa belia.

“Usaha 4PM selaras dengan visi Forward SG, di mana setiap individu, tanpa mengira latar belakang mereka, berpeluang mencapai tahap yang lebih tinggi dengan usaha kolektif dan sokongan masyarakat dan pemerintah,” kata Dr Maliki.

Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain berkata, dana yang dikumpul akan meningkatkan sokongan untuk beberapa program pembangunan belia seperti Frenz, sebuah program bimbingan khas untuk pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berisiko, dan Gemz, program pembangunan belia untuk pelajar ITE.

Ia juga bertujuan meningkatkan sokongan kepada penerima bantuan pada bulan Ramadan tahun ini menerusi program Ramadan On Wheels, dan berharap dapat meningkatkan bilangan penerima daripada 400 pada 2023, kepada 500 pada tahun ini.

“Untuk sepanjang tahun ini, kita sasarkan mengumpul sebanyak $500,000. Tetapi sebagai permulaan untuk fasa pertama kempen ini, kami sasar mengumpul $200,000 bagi penerima bantuan kami pada bulan Ramadan.

“Selanjutnya pada tahun ini, $300,000 lagi akan kami agihkan kepada warga emas yang memerlukan. Kita akan membantu mereka lebih sedikit dari segi kewangan dan baki lebih akan kami sasarkan untuk program pembangunan belia,” kata Encik Nassar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd, Encik Salleh Marican, turut hadir semasa acara itu dan tampil untuk menderma $22,222 daripada Yayasan Salleh Marican untuk memulakan kempen pengumpulan dana tersebut.

Penaja lain yang hadir termasuk Hoe Kee Hardware Pte Ltd dan Marine & Offshore Integrated Logistics (S) Pte Ltd, yang menderma $10,000 setiap satu, dan Asyura Pte Ltd yang menderma $5,000.

“Jumlah keluarga yang kami mampu bantu secara langsung hanya boleh ditentukan menerusi sumbangan daripada masyarakat dan kami berharap dapat meningkatkan lagi bilangan penerima pada tahun ini.

“Kami amat berterima kasih di atas sokongan masyarakat. Sokongan, sumbangan dan kepercayaan anda dalam usaha kami yang sederhana ini membawa kesan positif kepada kehidupan individu dan keluarga yang lain,” kata Encik Nassar.

Sumbangan kepada Dana Pembangunan Keluarga dan Belia 4PM boleh dibuat secara dalam talian melalui www.4pm.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >