Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 7 hingga 11 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan pada 6 Januari, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata Encik Masagos akan memimpin rombongan Singapura ke Jeddah bagi Pameran dan Persidangan Haji dan Umrah tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab...





