Semakan gaji bagi pemegang jawatan politik Singapura yang sepatutnya dilakukan pada 2023 telah ditangguhkan kerana pemerintah perlu menangani isu mendesak lain, kata Menteri bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.
Menjawab soalan Parlimen yang difailkan oleh dua Anggota Parlimen (AP), Encik Chan berkata keadaan geopolitik menjadi lebih tidak menentu pada 2023, dengan konflik di Timur Tengah dan Ukraine, serta...





