Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Semakan gaji menteri pada 2023 ditangguh: Chun Sing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakan gaji menteri pada 2023 ditangguh: Chun Sing

Jan 10, 2024 | 12:41 PM



Semakan gaji bagi pemegang jawatan politik Singapura yang sepatutnya dilakukan pada 2023 telah ditangguhkan kerana pemerintah perlu menangani isu mendesak lain, kata Menteri bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.

Menjawab soalan Parlimen yang difailkan oleh dua Anggota Parlimen (AP), Encik Chan berkata keadaan geopolitik menjadi lebih tidak menentu pada 2023, dengan konflik di Timur Tengah dan Ukraine, serta persaingan politik yang semakin meningkat.

Terdapat juga ketidaktentuan yang ketara dalam ekonomi global yang memberi kesan kepada ekonomi, gaji dan prospek inflasi Singapura, tambahnya.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada cabaran utama ini dahulu dan menangguhkan semakan gaji politik buat masa ini.

“Pemerintah akan menyemak rangka kerja gaji politik dan penanda aras dalam masa terdekat untuk memastikan ia kekal relevan dan terkini,” kata beliau.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa, dan Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) telah meminta perkembangan kini mengenai semakan gaji yang dilakukan setiap lima tahun itu, termasuk terma rujukannya dan sama ada ia akan diteruskan.

Kertas Putih mengenai Gaji bagi Pemerintah yang Mampu dan Komited 2012 telah mengesyorkan supaya satu jawatankuasa bebas dilantik setiap lima tahun untuk mengkaji semula gaji Presiden, Perdana Menteri, Speaker, Timbalan Speaker, pemegang jawatan politik dan AP.

Kali terakhir jawatankuasa seumpama itu dilantik ialah pada 2017, lapor The Business Times.


Jawatankuasa sebelum ini, yang dipengerusikan oleh akauntan, Encik Gerard Ee, mengesyorkan pada 2018 supaya gaji politik diselaraskan setiap tahun selaras dengan pergerakan gaji penanda aras, yang dinyatakan telah meningkat sebanyak 9 peratus sejak rangka kerja gaji dilaksanakan.

Berdasarkan syor itu, gaji tahunan bagi menteri peringkat kemasukan gred MR4 akan dinaikkan kepada $1.2 juta daripada $1.1 juta.

Bagaimanapun, pemerintah memutuskan untuk tidak membuat sebarang perubahan kepada gaji politik pada 2018, kerana struktur gaji kekal sah dan terdapat ketidaktentuan ekonomi dalam beberapa tahun sebelumnya, kata Encik Chan, yang juga Menteri Pendidikan, dalam jawapan bertulisnya.

Gaji menteri ditanda aras kepada pendapatan median 1,000 orang berpendapatan teratas yang merupakan warga Singapura, dengan diskaun 40 peratus untuk mencerminkan etos perkhidmatan politik.

Antara 1,000 orang berpendapatan teratas termasuk individu dalam jawatan pengurusan kanan seperti ketua eksekutif, ketua pegawai operasi dan ketua pegawai kewangan; individu yang bekerja dalam perkhidmatan kewangan seperti jurubank, peniaga dan pengurus aset; dan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan.

Gaji bulanan rujukan bagi menteri MR4 ialah $55,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >