KUALA LUMPUR: Polis menyiasat pelbagai aspek berhubung insiden kediaman Ahli Parlimen (AP) Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, di Ayer Tawar, Perak, dilontar bom koktail Molotov pada 2.55 pagi, 10 Januari, yang turut merosakkan tiga kenderaan miliknya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ini termasuk mengumpul risikan daripada semua sudut Cawangan Khas dan maklumat awam.





