Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis buru pelaku kes kediaman AP dilempar bom koktail Molotov

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis buru pelaku kes kediaman AP dilempar bom koktail Molotov

Jan 11, 2024 | 01:32 PM



KUALA LUMPUR: Polis menyiasat pelbagai aspek berhubung insiden kediaman Ahli Parlimen (AP) Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, di Ayer Tawar, Perak, dilontar bom koktail Molotov pada 2.55 pagi, 10 Januari, yang turut merosakkan tiga kenderaan miliknya.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ini termasuk mengumpul risikan daripada semua sudut Cawangan Khas dan maklumat awam.

Beliau berkata polis juga akan mengenal pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan cadangan kontroversial yang dikeluarkan Datuk Ngeh baru-baru ini supaya pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

ā€œSekiranya ada tangkapan, barulah kami nampak (sama ada) ia menjurus kepada komen YB (Yang Berhormat) Ngeh atau sebaliknya.

ā€œKetika ini, seolah-olah insiden itu berlaku disebabkan komen dan (dakwaan) campur tangan dalam isu agama Islam, namun siasatan masih dijalankan,ā€ katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 10 Januari.


Tan Sri Razarudin berkata risikan juga mendapati Datuk Ngeh tiada sebarang isu dengan masyarakat di Ayer Tawar, dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga siasatan selesai.

Polis kini giat mengesan individu yang disyaki melontar bom koktail Molotov ke kediaman wakil rakyat berkenaan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dilapor mengambil 11 sampel di kediaman Datuk Ngeh yang dilontar Molotov untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak, Encik Sayani Saidon, berkata pihaknya sudah menjalankan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 agensi itu.

Datuk Ngeh dalam sidang medianya pada 10 Januari percaya perbuatan khianat itu ada kaitan dengan kenyataannya yang menyentuh agama Islam sebelum ini, malah mendakwa pemimpin pembangkang mengapi-apikan keadaan berikutan cadangannya itu supaya beliau dibenci.

Namun, pembangkang yang turut mengecam tindakan pelaku kejadian itu turut menyelar kenyataan Datuk Ngeh yang mengaitkan pembangkang sebagai punca kejadian.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, menegaskan tindakan mengaitkan pembangkang adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana kemarahan rakyat berhubung isu itu adalah kebangkitan rakyat dalam mempertahankan kesucian Islam yang termaktub sebagai agama rasmi Malaysia dan tidak wajar dicampuri pihak luar.

Dalam kejadian itu, kereta jenis Mercedes-Benz milik Datuk Ngeh musnah terbakar selain turut menjejaskan anjung rumah dan dua lagi kenderaan yang diletakkan di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >