RAMALLAH: Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata Encik Mahmoud Abbas komited untuk melakukan reformasi terhadap Penguasa Palestin yang berpotensi menyatukan semula Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel di bawah kepimpinannya.
Encik Blinken membentangkan kemungkinan masa depan Gaza selepas bertemu Presiden Palestin itu di Ramallah pada 10 Januari dan Raja Bahrain Hamad dalam kunjungan keempat ke Timur Tengah...





