Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken, Presiden Abbas bincang masa depan Palestin

Jan 11, 2024 | 03:35 PM



RAMALLAH: Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata Encik Mahmoud Abbas komited untuk melakukan reformasi terhadap Penguasa Palestin yang berpotensi menyatukan semula Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel di bawah kepimpinannya.


Encik Blinken membentangkan kemungkinan masa depan Gaza selepas bertemu Presiden Palestin itu di Ramallah pada 10 Januari dan Raja Bahrain Hamad dalam kunjungan keempat ke Timur Tengah bagi mengekang perang Israel-Hamas daripada memuncak.

Perang Gaza meletus apabila pejuang Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Tindakan balas Israel menerusi pengeboman udara dan serangan darat berterusan menyaksikan lebih 23,000 rakyat Palestin terbunuh.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Abbas dan Encik Blinken membangkitkan keperluan “untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin” di Gaza yang diperintah Hamas dan Tebing Barat yang diduduki Israel, kata agensi berita Palestin, Wafa.


Encik Blinken beritahu Encik Abbas bahawa Washington menyokong “langkah ketara” ke arah penubuhan negara Palestin – matlamat jangka panjang yang ditentang oleh pemerintah sayap kanan, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Ketika Encik Blinken tiba di bawah kawalan keselamatan yang ketat di ibu pejabat Encik Abbas di Ramallah, penunjuk perasaan menunjukkan papan tanda berbunyi “Hentikan pembunuhan beramai-ramai”, “Bebaskan Palestin” dan “Keluar Blinken”.

Sesetengah daripada penunjuk perasaan dilihat bergelut dengan pasukan keselamatan Palestin yang lengkap memakai peralatan rusuhan.

Di Bahrain, Encik Blinken berkata Encik Abbas “komited” melakukan reformasi terhadap Penguasa Palestin untuk menyediakan tadbir urus yang “berkesan” untuk rakyatnya.

Beliau berada di negara Teluk untuk berbincang dengan Raja Hamad bagi mencegah peningkatan perang serantau, kata Jabatan Negara Amerika.

Encik Abbas dan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi tiba di bandar Aqaba di Jordan untuk berbincang dengan Raja Abdullah II mengenai langkah “mendorong gencatan senjata segera” di Gaza, kata istana diraja Jordan.

Dalam pertemuan tersebut, ketiga-tiga pemimpin menyeru supaya “mengekalkan tekanan” bagi gencatan senjata dan melindungi orang awam Palestin serta ditingkatkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang menghadapi masalah kekurangan makanan dan ubat-ubatan, tambah kenyataan istana diraja Jordan itu.

Hamas, yang disifatkan sebagai “pengganas” oleh Amerika dan Kesatuan Eropah, menguasai Jaluran Gaza pada 2007, menggulingkan parti Fatah pimpinan Encik Abbas.

Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Encik Ismail Haniyeh, berkata minggu lalu bahawa beliau “terbuka kepada idea” satu pentadbiran Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Pelan pascaperang yang digariskan oleh Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, membayangkan “jawatankuasa awam” tempatan yang mentadbir Gaza selepas Israel menumpaskan Hamas.

Raja Hamad menekankan perlunya gencatan senjata, membebaskan saki-baki tebusan Israel dan tahanan Palestin serta menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza dalam perbincangan dengan Encik Blinken, menurut agensi berita Bahrain.

Encik Blinken dijangka melawat Mesir selepas melakukan kunjungan ke Turkey, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu. – AFP​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >