BATU PAHAT: Masjid Kampung Parit Simis di Seri Medan, Batu Pahat, Johor, kerugian kira-kira RM150,000 ($42,738) selepas kerosakan teruk akibat sebahagian besar ruang dan peralatan termasuk mimbar terbakar, disyaki angkara perbuatan khianat.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam, 14 Januari, pihak berkuasa menemui bahan bukti berupa kesan petrol di bahagian bawah permaidani masjid, selain penyapu lidi yang dipercayai digunakan untuk menyalakan...





