JAKARTA: Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan polis selepas memperkosa wanita berusia 45 tahun yang menghidap angin ahmar.
Menurut laporan media dan polis tempatan, kejadian tersebut berlaku lewat Disember 2023 apabila pelaku menjemput mangsa ke rumahnya di Kecamatan Rajeg, Tangerang, untuk ‘merawat’ angin ahmar mangsa sebelum memperkosa wanita itu.





