Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Indonesia 60 tahun, perkosa wanita selama 5 hari

Jan 17, 2024 | 07:07 PM



JAKARTA: Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan polis selepas memperkosa wanita berusia 45 tahun yang menghidap angin ahmar.


Menurut laporan media dan polis tempatan, kejadian tersebut berlaku lewat Disember 2023 apabila pelaku menjemput mangsa ke rumahnya di Kecamatan Rajeg, Tangerang, untuk ‘merawat’ angin ahmar mangsa sebelum memperkosa wanita itu.

Berkongsi kepada media tempatan pada 15 Januari, Pesuruhjaya Polis Tangerang, Encik Arief Nazaruddin Yusuf, menjelaskan mangsa dan pelaku mengenali satu sama lain melalui aplikasi media sosial TikTok.

Pelaku memberitahu mangsa dia mempunyai ‘telaga keramat’ di belakang rumah yang dapat mengubati penyakit angin ahmar yang dihidap mangsa, tambah beliau.

Si mangsa kemudian ke rumah pelaku untuk mengambil bahagian dalam ritual ‘mandi air telaga keramat’ jelasnya.

Namun sebaliknya, mangsa diperkosa secara seksual selama lima hari berturut-turut, kata Encik Arief.

Media tempatan melaporkan bahawa perbuatan tersebut hanya terbongkar setelah suami mangsa gagal menghubungi mangsa dan apabila mengetahui isterinya telah diperkosa, si suami membuat laporan polis.

Susulan daripada itu, suspek ditahan dan hasil soal siasat beberapa saksi termasuk pengumpulan bahan bukti menunjukkan suspek adalah pelaku dalam kes itu.

Encik Arief menjelaskan jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >