DAVOS (Switzerland): Menteri Luar Arab Saudi berkata pada 16 Januari bahawa kerajaannya sedia mengiktiraf Israel jika persetujuan menyeluruh dicapai yang merangkumi kenegaraan bagi Palestin.
“Kami bersetuju bahawa perlunya keamanan serantau termasuk Israel, tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin menerusi pembentukan negara Palestin,” kata Putera Faisal bin Farhan kepada panel di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.





