Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi sedia iktiraf Israel jika isu Palestin diselesaikan: Menteri Luar

Jan 17, 2024 | 01:30 PM



DAVOS (Switzerland): Menteri Luar Arab Saudi berkata pada 16 Januari bahawa kerajaannya sedia mengiktiraf Israel jika persetujuan menyeluruh dicapai yang merangkumi kenegaraan bagi Palestin.


“Kami bersetuju bahawa perlunya keamanan serantau termasuk Israel, tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin menerusi pembentukan negara Palestin,” kata Putera Faisal bin Farhan kepada panel di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Ditanya sama ada Arab Saudi kemudiannya akan mengiktiraf Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian politik yang lebih luas, beliau berkata: “Sudah tentu.”

Menurut beliau, untuk mendapatkan keamanan serantau melalui penciptaan negara Palestin adalah “sesuatu yang telah kami usahakan dengan pentadbiran Amerika Syarikat, dan ia lebih relevan dalam konteks Gaza”.

Mendapatkan perjanjian normalisasi dengan Arab Saudi akan menjadi hadiah utama bagi Israel selepas ia menjalin hubungan diplomatik dengan Amiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Maghribi, dan boleh mengubah geopolitik Timur Tengah.

Kerajaan Muslim Sunni ini – negara paling berkuasa di dunia Arab dan rumah kepada tapak paling suci dalam Islam – mempunyai pengaruh agama yang besar di seluruh dunia.

Selepas meletusnya perang Oktober lalu antara Israel dengan Hamas yang memerintah Gaza, Arab Saudi membentangkan rancangan yang disokong Amerika untuk kerajaan itu memulihkan hubungan dengan Israel, kata dua sumber yang rapat dengan Riyadh.

Kedua-dua sumber itu memberitahu Reuters bahawa akan ada sedikit kelewatan dalam rundingan mengenai pemulihan hubungan Saudi-Israel, yang dilihat sebagai langkah penting bagi kerajaan itu untuk mendapatkan apa yang dianggapnya sebagai hadiah sebenar pakatan pertahanan Amerika sebagai pertukaran.


Sebelum militan Hamas yang disokong Iran melancarkan serangan ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, kedua-dua pemimpin Israel dan Saudi telah memberi isyarat bahawa mereka sedang berusaha ke arah mewujudkan hubungan diplomatik yang boleh membentuk semula Timur Tengah.

Palestin mahukan sebuah negara di wilayah yang ditawan oleh Israel dalam perang 1967, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kota mereka. Rundingan yang ditaja Amerika dengan Israel itu terhenti lebih sedekad lalu.

Antara halangannya ialah penempatan Israel di tanah yang diduduki dan pertelingkahan antara pihak berkuasa Palestin yang disokong Barat dan pendirian Hamas yang menolak hidup bersama dengan Israel.

“Terdapat laluan ke arah masa depan yang lebih baik untuk rantau ini, untuk rakyat Palestin, dan untuk Israel, itu adalah keamanan dan kami komited sepenuhnya untuk mencapainya. Gencatan senjata di semua pihak seharusnya menjadi titik permulaan untuk keamanan mampan kekal, yang hanya boleh berlaku melalui keadilan kepada rakyat Palestin,” kata Putera Faisal. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >