Lebih 40,000 penduduk Melayu/Islam telah menyertai kegiatan gaya hidup sihat seperti sesi aktiviti fizikal, ceramah kesihatan dan program Saham Kesihatan pada 2023 anjuran rangkaian Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Berucap semasa majlis rangkaian Sihat Bersama JKJU anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya...





