Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih 40,000 warga Melayu/Islam sertai kegiatan gaya hidup sihat pada 2023: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 40,000 warga Melayu/Islam sertai kegiatan gaya hidup sihat pada 2023: Masagos

Rangkaian Jaga Kesihatan, Jaga Ummah juga telah berkembang kepada 100 rakan kongsi termasuk masjid, badan Melayu/Islam
Jan 20, 2024 | 06:47 PM



Lebih 40,000 penduduk Melayu/Islam telah menyertai kegiatan gaya hidup sihat seperti sesi aktiviti fizikal, ceramah kesihatan dan program Saham Kesihatan pada 2023 anjuran rangkaian Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Berucap semasa majlis rangkaian Sihat Bersama JKJU anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar pada 20 Januari, Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata sejak Disember 2023, rangkaian itu telah berkembang kepada 100 rakan kongsi, termasuk masjid dan badan Melayu/Islam (MMO).

“Ini adalah pencapaian yang membanggakan dan ia mencerminkan dedikasi bersama kita untuk menggalak masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat.

“Komitmen kita terhadap kesihatan kian menyerlah menerusi bidang tumpuan yang baru ditubuhkan di bawah M3 yang menumpukan usaha pada kesihatan masyarakat,” kata Encik Masagos.


Bidang tumpuan M3 bagi kesihatan masyarakat membentangkan lima keutamaan iaitu menyokong penuaan yang sihat, meningkatkan kadar pemeriksaan kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat, mengurangkan merokok dan meningkatkan kesejahteraan mental.


Rangkaian JKJU mula diperkenal oleh HPB pada 2017 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat Melayu/Islam.

“Bermula dengan lima masjid pada 2017, rangkaian tersebut telah berkembang luas, dan kini merangkumi penglibatan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan badan Melayu/Islam yang lain,” kata Encik Masagos.

Semasa majlis itu, seramai 99 penerima anugerah dari M3@Bandar, masjid, MAEC dan MMO serta individu, telah diiktiraf bagi usaha giat mereka menggalak kehidupan sihat dan memudahkan akses masyarakat Melayu/Islam kepada kegiatan gaya hidup sihat.


Antaranya ialah Encik Iylia Shukor, 29 tahun, yang meluahkan rasa gembira disampaikan Anugerah Juara Kesihatan atas usahanya menggalak penduduk menjalani gaya hidup sihat.

Encik Iylia, yang merupakan relawan daripada M3@Geylang Serai, Mendaki dan Masjid Kassim, menganjurkan acara berjalan pantas sepanjang 5 kilometer setiap bulan dan juga telah mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk berkongsi maklumat mengenai kegiatan gaya hidup sihat bersama penduduk.


“Ramai penduduk yang telah mengikuti kami juga berasa gembira kerana dengan aktiviti yang kami anjurkan, mereka dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Pada bulan Ramadan mendatang, kami akan menganjurkan lebih banyak kegiatan kesihatan untuk menarik lebih ramai orang ke masjid dan juga kelab masyarakat,” kata Encik Iylia.

Cik Ithniah Ismail, 60 tahun, seorang peserta program Saham Kesihatan yang berlangsung selama 12 minggu anjuran M3@Marsiling-Yew Tee, berkata program tersebut amat bermanfaat baginya.


“Bila saya menyertai program tersebut, saya dapati ia sangat menyeluruh, bukan sahaja dari segi pemakanan, kesihatan dan gaya hidup sihat, tetapi ia juga merangkumi topik tentang gangguan tidur, demensia otot, dan juga perancangan penjagaan awal.


“Kini, kami mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang menggalak kami untuk menyertai musim kedua program tersebut agar kami dapat menggalak peserta lain dan memberi mereka lebih semangat untuk mengikuti sesi dan menyertai program ini,” kata Cik Ithniah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >