Setelah hampir setahun menanti, Ilhan Fandi akhirnya berjaya membuat penampilan pertamanya di Eropah, mewakili kelab Divisyen 2 Belgium, KMSK Deinze, pada 19 Januari.
Penyerang muda Singapura yang berusia 21 tahun itu telah menyertai pasukan KMSK Deinze pada Januari 2023, namun penampilan pertamanya terpaksa ditunda akibat kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) yang dialaminya pada Disember 2022.





