Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ilhan Fandi buat penampilan pertama di Eropah

Jan 21, 2024 | 12:42 PM
BERSEMANGAT SELEPAS ATASI KECEDERAAN: Ilhan Fandi menyarungi jersi kelab Divisyen 2 Belgium, KMSK Deinze, buat kali pertama pada 19 Januari selepas berjaya mengatasi kecederaan serius pada lututnya.
BERSEMANGAT SELEPAS ATASI KECEDERAAN: Ilhan Fandi menyarungi jersi kelab Divisyen 2 Belgium, KMSK Deinze, buat kali pertama pada 19 Januari selepas berjaya mengatasi kecederaan serius pada lututnya. - Foto ihsan ILHAN FANDI

Setelah hampir setahun menanti, Ilhan Fandi akhirnya berjaya membuat penampilan pertamanya di Eropah, mewakili kelab Divisyen 2 Belgium, KMSK Deinze, pada 19 Januari.

Penyerang muda Singapura yang berusia 21 tahun itu telah menyertai pasukan KMSK Deinze pada Januari 2023, namun penampilan pertamanya terpaksa ditunda akibat kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) yang dialaminya pada Disember 2022.

Beliau yang kini telah pulih sepenuhnya dan sudah bersedia bangkit dengan semangat yang baru, berkata dalam satu catatan di akaun Instagramnya:

“Alhamdulillah, satu mimpi yang menjadi kenyataan. Amat terharu dapat membuat penampilan pertama saya di Eropah. Saya baru sahaja bermula. Bangga sekali menjadi sebahagian daripada keluarga Deinze”.

Dalam perlawanan Liga Challenger Pro Belgium tersebut, KMSK Deinze berjaya menewaskan Lierse K dengan kemenangan 4-0.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg