BANGI: Perjawatan penjawat awam baru berstatus tetap di Malaysia selepas ini tidak lagi diberikan pencen, sebaliknya akan mencarum pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion...





