Seorang peniaga mengambil beg penumpang lain dalam satu penerbangan Cambodia Airways ke Singapura, tanpa menyedari seorang pegawai polis Singapura, yang duduk berdekatan, sedang memerhatikannya dengan teliti. Apabila dihampiri Penolong Superintenden Polis (ASP) Lee Jun Long, warga China itu, Yi Huaichun, 45 tahun, berbohong bahawa beg itu miliknya. ASP Lee kemudian mengangkat beg itu dan bertanya kepada penumpang lain sama ada...





