Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki ditangkap curi beg dalam pesawat, dijel 7 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap curi beg dalam pesawat, dijel 7 bulan

Jan 30, 2024 | 06:35 PM



Seorang peniaga mengambil beg penumpang lain dalam satu penerbangan Cambodia Airways ke Singapura, tanpa menyedari seorang pegawai polis Singapura, yang duduk berdekatan, sedang memerhatikannya dengan teliti.

Apabila dihampiri Penolong Superintenden Polis (ASP) Lee Jun Long, warga China itu, Yi Huaichun, 45 tahun, berbohong bahawa beg itu miliknya.

ASP Lee kemudian mengangkat beg itu dan bertanya kepada penumpang lain sama ada ia milik mereka.

Apabila mendengar ini, pemilik beg itu berdiri untuk menuntutnya.

Yi ditahan apabila pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi. Insiden itu berlaku pada 15 Disember 2023, dalam penerbangan dari Phnom Penh.

Pada 30 Januari, Yi membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan mencuri dan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan. Dua lagi pertuduhan serupa diambil dalam pertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan, lapor The Straits Times.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dan Pan berkata: “Tertuduh berbohong kepada ASP Lee bahawa beg itu miliknya. ASP Lee kemudian memberi amaran kepada tertuduh untuk memberitahu perkara sebenar kerana menyedari tertuduh mengambil dua lagi beg.”

“Tertuduh kemudian menjawab bahawa beg itu sebenarnya bukan miliknya dan mendakwa dia sedang mencari begnya kerana tidak ingat di mana begnya diletak,” tambahnya.

Pendakwa raya menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh dan lapan bulan, sambil menegaskan kesalahan itu sukar dikesan.

Ini kes kecurian dalam penerbangan kedua yang diputuskan di mahkamah dalam Januari 2024.

Seorang lagi warga China, Zhang Xiuqiang, 52 tahun, membuat pengakuan bersalah bagi satu pertuduhan mencuri dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada 12 Januari.

Zhang berada dalam penerbangan Scoot dari Ho Chi Minh City di Vietnam ke Singapura pada 16 Disember 2023, apabila dia mencuri wang tunai daripada beberapa bagasi penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >