NOTTINGHAMSHIRE: Detik-detik kegembiraan Arsenal di stadium City Ground sangat berbeza berbanding kali terakhir mereka menentang Nottingham Forest, di mana mereka ditewaskan dan impian merebut trofi Liga Perdana England (EPL) terus pudar.
Pada musim lalu, Forest meraikan kemenangan selepas jaringan Taiwo Awoniyi bukan sahaja memastikan Forest kekal dalam EPL, tetapi juga bermakna Arsenal gagal mencabar kedudukan teratas dan Manchester City pula...





