Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal lonjak ke tangga kedua selepas tewaskan Forest

Jan 31, 2024 | 02:01 PM



NOTTINGHAMSHIRE: Detik-detik kegembiraan Arsenal di stadium City Ground sangat berbeza berbanding kali terakhir mereka menentang Nottingham Forest, di mana mereka ditewaskan dan impian merebut trofi Liga Perdana England (EPL) terus pudar.


Pada musim lalu, Forest meraikan kemenangan selepas jaringan Taiwo Awoniyi bukan sahaja memastikan Forest kekal dalam EPL, tetapi juga bermakna Arsenal gagal mencabar kedudukan teratas dan Manchester City pula muncul juara EPL musim itu.

Bagi Arsenal, kekalahan tidak boleh diterima, terutama apabila kumpulan teratas EPL buat masa sekarang, Liverpool, akan menentang mereka pada 5 Februari.

Itulah sebabnya pengurus Arsenal, Mikel Arteta, pemainnya, dan penyokong kesemuanya amat gembira apabila mereka berjaya menang ke atas Forest.

Namun, perlawanan ini bukan satu perlawanan tanpa detik-detik yang memberi tekanan.

Bukan kerana Forest bermain dengan baik, tetapi kerana persembahan separuh masa pertama Arsenal kurang bersemangat.

Serangan Arsenal kelihatan kurang tajam, dan ini diburukkan lagi dengan strategi Forest untuk bermain secara defensif dan hanya menantikan peluang untuk serang balas.

Terlalu banyak hantaran dan serangan yang tidak menghasilkan jaringan.

Boleh dikatakan Arsenal ambil sikap tenang meskipun menunjukkan kematangan, tetapi jelas bahawa banyak lagi kreativiti diperlukan untuk menewaskan Forest.

Arsenal mula pertingkatkan prestasi mereka pada separuh masa kedua, apabila percubaan Gabriel Jesus melepasi kaki penjaga gawang Forest, Matt Turner, untuk gol pertama Arsenal pada minit ke-65.

Bukayo Saka mendapatkan gol kedua Arsenal, akibat kesilapan Gonzalo Montiel.

Namun Awoniyi berjaya menjaringkan gol untuk Forest pada minit-minat terakhir, namun gagal menyekat kemenangan Arsenal.

Ia merupakan kemenangan yang wajar diperolehi Arsenal kerana perlawanan seperti itu berpotensi menjejas perjuangan mereka dalam cabaran menjulang trofi EPL.

Keghairahan dalam pasukan Arsenal juga dapat dilihat, melalui pertengkaran antara pemain pertahanan Arsenal, Ben White dengan Oleksandr Zinchenko selepas tamat perlawanan, di mana mereka terpaksa dipisahkan oleh kakitangan Arsenal.

Arteta gembira dengan kejadian itu, dan menganggapnya sebagai demonstrasi umum yang menunjukkan betapa bermaknanya kemenangan ini dan usaha kelabnya untuk mencapai kejayaan.

Kemenangan tersebut bermakna Arsenal merapatkan jurang dengan pendahulu EPL.Liverpool, kepada dua mata sebelum pasukan Jurgen Klopp menentang Chelsea di Anfield pada 1 Februari.

Ini memberi Arsenal semangat sebelum mereka menentang Liverpool pada 5 Februari.

Walaupun pertemuan dengan Liverpool tidak patutnya disifatkan sebagai satu perlawanan yang perlu dimenangi, ia sudah tentu boleh dianggap sebagai satu perlawanan di mana kekalahan harus dielak dari sudut bola sepak dan psikologi.

Kekalahan akan menjejas keyakinan tetapi keyakinan Arsenal telah pun diperbaiki selepas membelasah Crystal Palace 5-0 dan meraih kemenangan 2-1 ini ke atas Forest. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >