JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengunjung dijangka memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari ini.
Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah bagi mengawal kesesakan trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).





