Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

400,000 pengunjung S’pura dijangka ke M’sia jelang Tahun Baru Cina

Feb 5, 2024 | 4:43 PM
Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir.
Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir. - Foto FACEBOOK JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengunjung dijangka memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari ini.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah bagi mengawal kesesakan trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Kita menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah trafik pengunjung dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari.

“Ketika sambutan perayaan ini tahun lalu (2023), kita merekodkan sejumlah 348,693 pengunjung memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua.

“Tahun ini (2024), kita menjangkakan jumlahnya akan meningkat memandangkan cuti Tahun Baru Cina serentak dengan cuti sekolah,” katanya lapor The Star pada 5 Februari.

Beliau berkata untuk melancarkan kesesakan dan peningkatan mendadak trafik, semua agensi terlibat mengawal CIQ BSI dan KSAB akan beroperasi penuh sepanjang Tahun Baru Cina.

“Hanya mereka yang menyambut Tahun Baru Cina akan diberi cuti,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang Januari, lebih 5 juta pengembara telah memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua.

“Pada Januari lalu, seramai 5.2 juta pengembara telah memasuki Malaysia melalui BSI dan KSAB, dengan purata harian 170,000 pengembara.

“Menjelang Tahun Baru Cina ini, kita jangka jumlah itu meningkat sehingga lebih 200,000 pengembara masuk sehari. Kita juga jangka kesesakan akan bermula dalam tempoh sehari atau dua hari sebelum perayaan pada 10 dan 11 Februari,” ujarnya.

Encik Baharuddin berkata antara daya usaha lain yang dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan trafik di BSI dan KSAB ialah khidmat Pasukan Tindak Cepat (QRT) bagi menyurai aliran trafik, laluan kontra kereta dan bas serta kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melicinkan aspek keselamatan perjalanan.

Laluan kontra ialah laluan bertentangan yang dibuka khusus untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg