Kuala Lumpur: “Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan,” tulis ibu kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Cik Ismanira Abdul Manaf, 29 tahun.
Hantaran itu dimuat naik Cik Ismanira di akaun media sosial beliau, yang turut memaparkan gambarnya yang disunting dengan arwah anaknya sebagai tanda kenangan.





